Jika ditanya mengenai hobi atau aktiviti masa lapang, pasti pelbagai jawapan yang akan kita dapati. Ada yang menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berkayak, dan ada juga yang lebih gemarkan aktiviti lasak seperti memanjat gunung dan meneroka gua. Tak kurang juga yang lebih suka menghabiskan masa dengan haiwan-haiwan kesayangan mereka. Apa-apa pun, aktiviti masa lapang ni lebih berunsurkan keseronokan dan sekadar untuk merehatkan diri setelah penat melakukan aktiviti seharian.
Bagaimana pula dengan saya?? Emmm..semestinya menghabiskan masa dengan membaca novel. Tak kira lah apa jenis novel pun, janji menepati cita rasa dan selera untuk membacanya. Dan kerap kali novel yang menjadi pilihan ialah novel berunsurkan fiksyen kerana novel ini lebih santai dan tidak memberatkan fikiran kita. Mungkin ada segelintir yang beranggapan novel fiksyen seperti novel cinta, penyiasatan, fantasi dan sebagainya tidak membantu dalam akademik malah menyebabkan mereka lalai dengan pelajaran mereka.
Tetapi, sekiranya kita dapat mengimbangi masa dengan betul, masalah ni tak kan timbul. Sebenarnya, menghabiskan masa dengan membaca novel ni banyak juga faedahnya. Antaranya kita dapat menimba ilmu kehidupan dunia yang sebenar yang tak dapat kita pelajari dalam bidang akademik. Selain itu kita juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Jika dilihat dari sudut lain pula, membaca ni dapat menjimatkan kos. Emm...macam mana ye?? Ye lah..bagi yang mempenyai hobi seperti melancong pasti memerlukan kos yang agak tinggi. tapi bagi mereka yang gemarkan membaca hanya perlu ke perpustakaan atau ke kedai buku dan membaca di rumah...kan jimat...Jadi tak rugi bagi sesiapa yang suka membaca. Jadikanlah membaca tu sebagai hobi.

0 orang mengarang:
Post a Comment