Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi...


Assalamualaikum w.b.t semua..

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia dan masih diberi kesempatan untuk sekali lagi merasa nikmatnya berpuasa di bulan ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan untuk umat manusia berlumba-lumba mencari pahala dan melakukan amal jariah. 

Wahai orang beriman
diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana 
diwajibkan atas orang sebelum kamu
agar kamu bertaqwa...
surah al baqarah ayat 183

Menurut Imam Al Ghazali, puasa mempunyai 3 tingkat. (jgn salah paham, bukan tingkat bangunan atau mangkuk tingkat tapi tingkat puasa ialah peringkat2 puasa). Pertama. puasa umum, kedua puasa khusus dan akhir sekali puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum bermaksud menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa umum ni merupakan tingkat yang paling rendah sekali. (maknanya kalau kita nak naik lif tu...kita kat groundfloor la...)


Puasa khusus pula ialah memelihara atau menjaga seluruh tubuh anggota kita dari melakukan perbuatan maksiat. Contohnya mencuri, mengumpat, berbohong etc. Tingkat puasa ni merupakan puasa orang2 yang soleh solehah.

Puasa khusus yang lebih khusus pula bermaksud puasa hati. Iaitu menahan diri dari memikirkan apa2 selain Allah dan melupakan perihal duniawi. Dan ini merupakan puasa para anbia', shiddiqin dan muqorrabi.

------> Wawallahua'alam...moga dengan perkongsian ilmu ni, puasa kita semua akan lebih baik berbanding puasa yang sebelum- sebelum ni.

-------> salam ramadhan dan selamat menuanaikan solat tarawikh semua.. ^_^



Saturday, July 30, 2011

Bersama Ben Ashaari -gambar terbaik----->meoooww...



Ok. Ari ni abg Ben buat 1 lg segmen bersama blogger. Disebabkan aku boring dan tak taw nak buat apa jadi aku dah buat keputusan untuk join segmen kali ni...(poyos jerk ayat..hikhikhik).

Soooooo...tunggu apa lagi...sape2 yang tengah boring plus tak de keje nak buat plus nak beramah mesra dengan blogers-blogers lain moh le kite join segmen ni beramei-ramei...

mudah je..klik je kat sini.
mudah je kan....




Ok....
skarang ni kita kembali ke tujuan asal kita
dah puas promote and baca mukadimah
kita terjah isinya pulak...
ari ni aku nak kongsi satu gambar terbaik and lucu yang baru je aku
ambik tadi...hehe
abg Ben macam taw2 je keje aku ambik gambar je ari ni..
nak taw gambar pe yang aku ambik???
hah..tunggu apa lagi..
tengok kat bawah ni
|
|
|
|

Gambar ni aku ambik bila adik aku panggil aku. Sebabnya nak tunjukkan aku something yg "weird tp benaaarrrr". Iaitu.....kucing pakai selipar..."meoooowwww"....hahahahaha...

Mesti tergelak sakan punya tengok gambar ni. Mana taknya, ingatkan manusia jek yang pakai selipar rupanya kucing pun teringin nak pakai selipar. Hahaha...

Ni kucing kat umah aku. Tak bela pun tapi ada orang buang ibu kucing tu kat umah aku. Adik aku suka sangat kat kucing. Jadi secara tak langsung ter-bela la kucing ni. Ni anak kucing,
tapi dah besow pun.


Tengok tu...dia buat dunno jekk...aku panggil pun buat tak layan jer..tapi takpe..nasib bek ko cute...i loooiiiiike....

------> sape2 yang nak kongsi cite pasal pet kesayangan sila-sila la komen yer...^_^



Friday, July 29, 2011

aku berjaya!!!

Berjaya jugak aku akhirnya :119::119: hehehe:17:Dengan muka bangganya ..hihihi...
Dah lama aku godek2 nak buat emo kat aku punya post blog. Baru ari ni aku berjaya buat setelah berhari-hari..berjam-jam..berminint-minit dan bersaat-saat mencari dan menggodek dan meng'google' dan sebagainyalah sampailah aku berjaya lakukannya...(macam kerja berat jerk :face60:)

Ni kira saje je ni..nak try n testing aku punya ke 'cun' an dan kecomelan aku punya smiley..:face75:

hihihi...pape pun aku suka sangat...nampak meriah jek blog aku ni:9:

---> amacam???ok x post aku kali ni???hihihi..jgn jeles...:face42: lalalala....:75::74:




kenapa yer???


Aku pelik la dengan blog aku ni.

Nape tiap kali aku shout kat blog kawan2 lain, and then aku try klik kat nama aku

untuk ke blog aku

x dapat pegi pun. 

Means that, ak x dapat link dengan blog aku.

Tiap kali aku klik

tiap kali tu jugak la 'jaga' terhormat(google) says

"your url is not was not found on this server"

heran tol la...

nape yer??

Dah puas aku godek2 ditambah dengan google lagi

tak dapat jugak jawapannyerr...huhu

Thursday, July 28, 2011

tahniah pada pemenang contest abg ben...


Tahniah pada kak suriani yg berjaya dalam contest geledah dan menang yang di anjurkan oleh abg Ben. Sape2 yang belom terjah blog kak suriani ni..jom pakat terjah kat sini. Lawa....lawa dari blog aku la...(mode: merendah diri).

Pada yang tak menang tu relax and cuba lagi esok yerkk...(ditujukan untuk aku jugak la ni..sbb x menang lg..sob sob).

Bagi aku contest macam ni bagus sebenarnya..Terutamanya untuk orang yang macam aku ni. Sebab ak orang baru dalam dunia belog-membelog ni. Jadi secara tak langsung contest ni boleh mempromosikan aku punya blog. hihihihi...(macam ambik kesempatan jerk..erk..abg ben..jgn maree..).

To be positive..hah..tengok aku dah ada 2 orang follower..hehe...cukup la  2 orang untuk orang baru yang macam aku ni. Ok pe..dari tak de langsung kan...huhuhu

-----> Pape pun aja-aja fighting untuk esok. Aku akan berusaha untuk jadi pemenang esok!! (mode: semangat!!)

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


salam smua...

jom terjah blog abg ben untuk sertai contest ni..hehehe...
atau klik disini



==> arap2 dapat masuk..hehehe

Wednesday, July 27, 2011

Tautan Kasih

Ari ni aku keluar dengan kawan2 sekolah lama aku. Daha lama tak jumpa dengan diorang. Seingat  aku, kitorang jumpa laaassssstttt skali raya lepas kot. Tu dengan Kazimah la. Lehan, baru gi jumpa kot..hehehe..


Kitorang juz lepak2 sambil minum2 kat kedai mamak. hehehe...Banyak citer yang kami bualkan sampaikan x sedar masa dah berlalu...capat je masa berlalu skarang ni yer...tik tok tik tok...masa berjalan...huhuhu...Tapi memang best la borak2 pg td...almaklum la dah lama x jumpa. confirm banyak citer yang nak di story mory kan..hehehe..ye takkk???

Sume dah bawak haluan masing2. Dah ada hidup masing2. Makin susah ler nak bersua muka nanti. Dah la masing2 blaja nun jauuuuhhhhh sana. sorang barat, sorang timur (walaupun berjiran negeri jer...hik hik hik..) and aku plak nuuuuunnnn di utagha..xder yang duk kat selatan je..kalu x...cukup corumn. Leh jalan2 kat sana plak. hihihi






Inila wajah2 kesayangan hamba yang hamba jumpa td...

ak pulang...



Akhirnya ak pulang. Jangan salah paham...bukan pulang kampung or sireh pulang ke ganggang..(hik hik hik). Tapi pulang ke vlog ak ni...sambung mengukir kisah hidup aku yang dh lama terkubur ni..bukan ape...cuma malas je..sekarang baru timbul balik kerajinan aku untuk ber'vlog'..hehehe...

Tadi adik aku tunjuk 1 video pasal ramadhan. Menarik jek...aku pun godek2 la google chrome and carik itu video...best...memang gempak coz lawak video tu..hehe..tapi ada maksud tersendiri.

Malas nak ckp banyak. Layan je la video ni...






Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelmakan diri 

tak lama lagi ni...nak la aku wishselamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa...