Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi...


Assalamualaikum w.b.t semua..

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia dan masih diberi kesempatan untuk sekali lagi merasa nikmatnya berpuasa di bulan ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan untuk umat manusia berlumba-lumba mencari pahala dan melakukan amal jariah. 

Wahai orang beriman
diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana 
diwajibkan atas orang sebelum kamu
agar kamu bertaqwa...
surah al baqarah ayat 183

Menurut Imam Al Ghazali, puasa mempunyai 3 tingkat. (jgn salah paham, bukan tingkat bangunan atau mangkuk tingkat tapi tingkat puasa ialah peringkat2 puasa). Pertama. puasa umum, kedua puasa khusus dan akhir sekali puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum bermaksud menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa umum ni merupakan tingkat yang paling rendah sekali. (maknanya kalau kita nak naik lif tu...kita kat groundfloor la...)


Puasa khusus pula ialah memelihara atau menjaga seluruh tubuh anggota kita dari melakukan perbuatan maksiat. Contohnya mencuri, mengumpat, berbohong etc. Tingkat puasa ni merupakan puasa orang2 yang soleh solehah.

Puasa khusus yang lebih khusus pula bermaksud puasa hati. Iaitu menahan diri dari memikirkan apa2 selain Allah dan melupakan perihal duniawi. Dan ini merupakan puasa para anbia', shiddiqin dan muqorrabi.

------> Wawallahua'alam...moga dengan perkongsian ilmu ni, puasa kita semua akan lebih baik berbanding puasa yang sebelum- sebelum ni.

-------> salam ramadhan dan selamat menuanaikan solat tarawikh semua.. ^_^



1 orang mengarang:

miss jambu said...

Singgah sini
Follow awak juga..
Dan kalau sudi follow la genk ok hehe